Penangkis langkah balas RSS Unity

Pelancar umpan Perisai III "Shield III decoy launchers", dibekalkan oleh BAE SYSTEMS, membawa tiga module roket dipasang pada dongakan 30°. Pelancar ini boleh dilengkapi dengan pelbagai peluru umpan "decoy" termasuk roket P8 chaff. Chaff ini dilancarkan dalam mod ganggu "distraction" atau menawan "seduction" bagi jarak 50m kepada 2km.

Radar penerima amaran kapal ini adalah NS 9010C, dibekalkan oleh Elisra dari Bene Beraq, Israel. Radar penerima amaran NS 9010C melaksanakan pengesanan dan penganalisan pantas pancaran radar musuh dan berciri pengukur frekuensi segera instantaneous frequency measurement (IFM), penentu arah segera instantaneous direction finding (IDF) dan penganalisa ancaman.